"Apa itu guru, adalah lebih penting apa yang dia ajar"
~Great Teacher ~
Sering
kita dengar guru-guru berkata "apa yang penting ialah saya mengajar."
Guru-guru merasakah bahawa tugas mereka adalah setakat mengajar dan
menyampaikan ilmu kepada murid-murid.
Namun
begitu, pernahkah kita berhenti dan merenung seketika tentang erti guru
kepada diri kita sendiri sebagai seorang guru? Profesion perguruan ini
merupakan satu bidang yang penuh dengan cabaran. Kita perlu berhadapan
dengan pelbagai karenah murid-murid setiap hari, perlu memeras otak
untuk memikirkan kaedah dan strategi yang sesuai untuk membantu
murid-murid belajar di samping menjadikan pengajaran lebih
menyeronokkan, malah kita juga dibebani dengan pelbagai tugas-tugas
sampingan dan pentadbiran.
Oleh
itu, sebagai guru, kita mudah "burnout" dan patah semangat serta
kehilangan daya progresif dan momentum untuk terus memajukan diri dalam
bidang perguruan. Pada masa inilah perkataan seperti "apa yang penting
ialah saya mengajar" keluar daripada alat atrikulasi kita.
Untuk
mengelakkan diri kita daripada kehilangan daya progresif dan momentum
untuk "menjadi guru", kita perlu membentuk konsep "guru" yang kukuh
dalam diri kita. Apabila berasa letih dan tertekan dengan beban-beban
tugas sebagai seorang guru, maka berhentilah seketika dan
renung-renunglah "apa itu guru?"
"Pengaruh seorang guru terhadap muridnya adalah tidak terhingga lamanya, kita tidak akan tahu bila pengaruh kita berhenti"