Wednesday 5 December 2012

Apa Itu Guru

 

"Apa itu guru, adalah lebih penting apa yang dia ajar"

~Great Teacher ~

Sering kita dengar guru-guru berkata "apa yang penting ialah saya mengajar." Guru-guru merasakah bahawa tugas mereka adalah setakat mengajar dan menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

Namun begitu, pernahkah kita berhenti dan merenung seketika tentang erti guru kepada diri kita sendiri sebagai seorang guru? Profesion perguruan ini merupakan satu bidang yang penuh dengan cabaran. Kita perlu berhadapan dengan pelbagai karenah murid-murid setiap hari, perlu memeras otak untuk memikirkan kaedah dan  strategi yang sesuai untuk membantu murid-murid belajar di samping menjadikan pengajaran lebih menyeronokkan, malah kita juga dibebani dengan pelbagai tugas-tugas sampingan dan pentadbiran.

Oleh itu, sebagai guru, kita mudah "burnout" dan patah semangat serta kehilangan daya progresif dan momentum untuk terus memajukan diri dalam bidang perguruan. Pada masa inilah perkataan seperti "apa yang penting ialah saya mengajar" keluar daripada alat atrikulasi kita.

Untuk mengelakkan diri kita daripada kehilangan daya progresif dan momentum untuk "menjadi guru", kita perlu membentuk konsep "guru" yang kukuh dalam diri kita. Apabila berasa letih dan tertekan dengan beban-beban tugas sebagai seorang guru, maka berhentilah seketika dan renung-renunglah "apa itu guru?"


"Pengaruh seorang guru terhadap muridnya adalah tidak terhingga lamanya, kita tidak akan tahu bila pengaruh kita berhenti"

Monday 3 December 2012

Kepentingan Ilmu

 
Ilmu merupakan antara tunjang asas dalam kehidupan. Tanpa ILMU manusia akan berada dalam keadaan KEGELAPAN dan KEBODOHAN. Hatta dalam ISLAM sendiri menyeru kepada sekalian umatnya supaya menuntut ilmu.

Saranan Allah swt jelas terpampar pada ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi SAW ketika BAGINDA saw sedang berkhalwat pada 17 Ramadhan di dalam Gua Hira’ yang bermaksud :
1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan,
5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.
(al-‘Alaq 1-5)

Lihatlah betapa peri pentingnya membaca dalam kehidupan sebagai antara langkah asas untuk kita menimba ILMU dalam kehidupan.
Pelbagai peribahasa dan slogan kata yang kita semua sedia maklum tentang perihal ILMU ini. 
Antaranya adalah :
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
Ilmu itu ibarat pelita hidup
Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.
Khalifah ‘Umar


Ilmu itu adalah kuasa
- Francis Bacan.
-Carilah ilmu itu sehingga jangan lupa beribadat, dan beribadatlah sehingga jangan lupa mencari ilmu.


Back To School

Membaca ayat-ayat seperti "Jualan Musim Kembali Ke Sekolah!" mengingatkan kisah di zaman persekolahan. Setiap kali musim baru untuk kembali ke sekolah menjelang, maka setiap kali jugalah diri mahu merasa dan minta dibelikan barangan yang serba baru tanpa memikirkan beban yang ditanggung oleh ibu bapa untuk menyediakan itu ini. Kos yang bukan sedikit untuk anak-anak yang ramai. Sekarang ini, berasa amat sayu apabila memikirkan perkara itu kerana tidak ada sesuatu yang menggembirakan buat mengganti penat-lelah mereka berkorban demi anak-anak.

Semoga segala yang mereka perjuangkan dan setiap titisan peluh atas kudrat usaha mereka itu menjadi jalan ibadah dan dirahmati Allah, pemudah urusan di akhirat sana.

Amin, amin Ya Allah.