Tentang SKLB



PENGENALAN SEJARAH SEKOLAH


Sejarah ringkas sekolah dengan nama asalnya Sekolah Melayu Kluang1939 dengan premis asal sekolah ini terletak di alamat No424 , Jalan Esa , Kluang Johor. Guru Besar pertama sekolah ini adalah Tn Hj.Harun Bin Abd Samad.Pada tahun 1960 nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar Kluang. Pada tahun 1985 , SKLB telah dipindahkan ke bangunan Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar ( SKPB ) iaitu bangunan yang ada sekarang ini. Sebab utama perpindahan ini ialah padang SKLB terletak berhampiran dengan SKPB.

          Bangunan  utama SKLB yang menempatkan bahagian pentadbiran sekolah telah mula dibina pada tahun 1983 dan telah siap pada tahun 1986. Pada tahun 1992 , Pusat Kegiatan Guru ( PKG 18 ) telah didirikan di premis SKLB. Pada tahun 2001 , 2 buah bangunan 3 tingkat telah dibina bagi menampung prasarana sekolah ini. Sebuah makmal komputer juga telah dibina dan siap pada tahun 2003.


MISI SEKOLAH

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH 

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

FALSAFAH SEKOLAH

Proses pendidikan Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar Kluang adalah untuk membimbing dan mendidik murid-murid agar memperoleh kecemerlangan intelek, jasmani, emosi dan rohani serta potensi untuk menjadi insan yang mulia

Logo Sekolah


Pintu Masuk Utama SKLB


Panorama indah SKLB  


Senarai Guru SKLB Tahun 2012


LAGU SKLB

Mendidik dan memimpin
 Anak desa dan kota
 Menuju puncak jaya
 Ke arah melahirkan
 Generasi berjasa
 Pada nusa dan bangsa

Kibarkan benderamu
Kemegahan bersama
Giatkan usaha kita
 Menuju cita-cita
 Kukenang sentiasa
 SKLB berjasa

Oh Tuhan lindungilah
 Sekolahku yang tercinta
 Berkati usaha kami
 Agar mencapai kejayaan
  
 Kibarkan benderamu
 Kemegahan bersama
 Giatkan usaha kita
 Menuju cita-cita

Kukenang sentiasa
 SKLB berjasa
SKLB berjasa
  SKLB berjasa


CARTA ORGANISASI SKLB





CARTA ORGANISASI 2012





4 comments:

  1. Sekolah saya kecik kecik dulu.. Tahun 1996~1997..kenangan.. Jumpa duit syiling org putih dekat padang tu..

    ReplyDelete
  2. Sekolah saya kecik kecik dulu.. Tahun 1996~1997..kenangan.. Jumpa duit syiling org putih dekat padang tu..

    ReplyDelete
  3. Here is where my childhood memories are. Guru Besar masa tu En Ahmad Jantan. Sape sekolah time tu mesti jumpa En Ding Tai King "Nombor Satu!!"

    ReplyDelete
  4. Saya mencari maklumat tentang Cikgu Jamil yang berkhidmat di sekolah itu sekitar tahun 1997. Sekiranya tahu tentang keberadaan beliau mohon maklumkan.

    ReplyDelete